Tuesday, November 12, 2013

SK Jeram Simpang Tiga

Berikut saya sediakan link-link kepada kebanyakan gambar yang telah saya ambil sepanjang  berada di SK Jeram. Cikgu-cikgu atau murid-murid yang terjumpa blog ni boleh save satu per satu gambar yang anda minat ataupun save satu album terus.

1 Cemerlang: https://www.dropbox.com/sh/2c8uj5jx4d642v5/4rC3efXe5O
2 Cemerlang: https://www.dropbox.com/sh/gxxmo316ss7sohd/NKUpyE7wKT
3 Cemerlang: https://www.dropbox.com/sh/8zmz8bvyq6s7f5k/rz75fNqCC1
Muzium Negara dan Aquaria : https://www.dropbox.com/sh/0tjalo65sbjvel1/Pl6VDux4yM
Berjaya Times Square : https://www.dropbox.com/sh/1xm5jk5j5u8dnt2/1dvV913APB
Klinik Sukan SK Jeram : https://www.dropbox.com/sh/kuzex3gt3yjk1cn/4_jsTrMOF1

Tamat sudah tempoh khidmat saya di SK Jeram sebagai guru ganti. Mula-mula datang, satu pun tak tahu. Nak isi plan mengajar, isi itu isi ini isi blabla. Tapi dalam tempoh tujuh minggu, macam-macam yang saya pelajari. Cikgu-cikgu pun cool semua. Budak-budak, yang nakal tu biasa la. Kalau anak aku, dah lama tarik telinga puas-puas. 

Mengajar, biarpun untuk beberapa minggu, memang mencabar. Pada pendapat aku, cabaran dia terletak pada nak menguruskan macam-macam urusan dalam satu masa. Maklumlah tugas guru sekarang ni nak kena isi itu la, isi ini la. Nak pulak isi semua benda online. Server kat negara ni belum larat nak tampung cara ni. Ni pendapat jujur aku. Kalau lah mengajar, semak latihan, dan uruskan peperiksaan dan program sekolah sahaja kerja guru, kurang sikit pening kepala. Ok masa untuk berhenti membebel.

Tapi aku tak nafikan, benda paling best sebenarnya: Makan-makan dan pergi lawatan. Jangan tipu, siapa tak suka makan-makan lepas tu lepak ramai-ramai? Haha. Berikut adalah beberapa gambar yang aku pilih untuk share di blog ini. Selamat menatap!

Otak-otak yang memang sedap haa!
Masa untuk persembahan para murid.
Hari sukan haaa.
Hari sukan lagi.
No komen. Dah cam babak filem hindustan dah ni. Siap kau besar nanti aku blackmail kau dengan gambar ni ha ha!
Masa Pendidikan Seni. Masing-masing tunjuk topeng hasil buatan.
Sesi foto pra-sekolah.
Budak 2C
Budak 2C lagi.
Lawatan ke Planetarium Negara
Klinik Sukan
Hari Klinik Sukan
Haaa jamuan akhir tahun!
Satay. 15 cucuk aku bantai. aku rasa 15 je la tapi emmm..
3C!
Kelas 3C lagi.
Kelas 2C!
Amanda, model of the year SK Jeram haaaa.

Terima kasih semua! Ini pengalaman yang sangat lah best especially bila hari terakhir, kitorang semua pergi ke Berjaya Times Square main kat theme park dia sampai nak muntah hah.

No comments:

Post a Comment